CIPTA DAN SIMPAN

Terdapat dua golongan manusia, golongan pertama akan menyimpan 10% daripada pendapatan mereka dan membelanjakan yang bakinya manakala golongan kedua pula akan membelanjakan 90% dan cuba untuk menyimpan 10% jika boleh.

SIFIR SIMPANAN

1. Anda menyimpan secara berterusan
2. Anda tidak mengeluarkan simpanan anda
3. Anda mempunyai umur yang panjang
4. Jika simpanan anda terpaksa dihentikan keluarga anda akan hanya mendapat jumlah yang ada simpan beserta faedah

Jika mengikut formula insuran, jumlah yang anda cadangkan untuk menyimpan akan terbentuk dengan serta merta sebaik sahaja anda membayar premium yang pertama. Encik Prospek, jika anda mengeluarkan wang daripada akaun simpanan anda, faedah akan diberikan hanyalah berdasarkan pada baki terakhir, tetapi jika anda mengeluarkan wang daripada simpanan insuran anda, bonus anda masih lagi dibayar dengan penuh. Hanya faedah kecil sahaja akan dikenakan ke atas jumlah yang dikeluarkan.

Jika anda meninggal dunia dan tidak dapat meneruskan program ini, syarikat saya akan tetap membayar jumlah yang anda hasratkan malah ditambah dengan pula.

SEMOGA BERJAYA....



PEMBUKA TIRAI PERBUALAN

Kebanyakan prospek tidak mahu bercakap tentang insuran. ka akan berusaha untuk mengelakkan diri daripada bercakap tentang insuran, tetapi setiap orang mahu dan bercita-cita untuk menyimpan demi masa depan mereka.

Cara yang terbaik untuk bercakap tentang insuran kepada pelanggan baru adalah dengan mengajukan satu soalan yang mudah kepada mereka.

Soalan pertama.
"Adakah anda akan marah, jika saya suruh menyimpan wang untuk masa depan anda?"

Tidak ada seorang manusia pun di atas muka bumi Allah ini akan marah jika menyuruh mereka menyimpan untuk masa depan mereka. Selepas mengajukan soalan tersebut teruskan dengan menyoal tentang simpanan mereka sekarang.

SELAMAT MENCUBA ....

MAJLIS BERBUKA PUASA 2009 (KUANTAN / MENTAKAB / KEMAMAN)

Bertempat di Ramin Coffee House Mega View Hotel, Kuantan pada 16 September 2009 MAA Takaful telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa melibatkan cawangan Kuantan, Kemaman dan Mentakab. Ramai kakitangan MAA Assurance dan MAA Takaful telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.
Walaubagaimanapun untuk menghangatkan dan memberi cabaran kepada para perunding kewangan MAA Takaful telah mengadakan pertandingan di mana perunding kewanagan perlulah mencapai target yang telah ditetapkan untuk mendapatkan tiket bagi majlis tersebut. Keputusannya alhamdulillah kerana ramai perunding kewangan MAA Assurance dan MAA Takaful telah berjaya mencapai target mereka untuk mendapatkan tiket ke majlis tersebut.
Di antara aturcara majlis yang diadakan pada majlis tersebut adalah ucapan daripada Encik Hakem (AVP MAA Takaful). Ucapan yang penuh semangat dan kata-kata perangsang telah beliau sampaikan sebagai pembakar semangat kepada perunding kewangan yang baru berkecimpung di dalam industri ini manakala kepada perunding kewangan yang telah lama teruskan usaha kerana industri ini telah banyak melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya seperti bos kami la En. Mohd Fahmi. Selain daripada itu aktiviti dipenuhi juga dengan penyampaian duit raya kepada perunding kewangan yang cemerlang.
 
  
  
  
  
  
  
  
 

UCAPAN AIDILFITRI

Semoga Aidilfitri ini membawa seribu kebahagian dan memberi sinar cahaya yang akan menerangi sepanjang perjalanan hidup dalam menempuh dugaan dan cabaran yang mendatang..
Empire Gemilang Consultancy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 hijrah kepada semua

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA CC EN. MOHD FAHMI SEKELUARGA

 
  
  
  
 
Pada 2 September 2009 Young Gemilang Consultancy ( YGC ) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama semua consultan YGC. Pada hari itu juga CC Gemilang Consultancy En. Mohd Fahmi Mohd Hatta bersama isteri tercinta turut bersama-sama meraikan majlis berbuka puasa tersebut.