Penutup Tirai 2009

Tirai 2009 akan berlabuh pada hari ini, sekiranya submition yang dibuat pada hari ini adalah merupakan kerja-kerja untuk tahun baru iaitu 2010. Tahniah kepada pejuang-pejuang Gemilang Consultancy di bawah naungan En Mohd Fahmi bin Mohd Hatta dan 5 orang kuat nya yang berada di Shah Alam, Kuala Lumpur, dan Kuantan.

Tahun baru akan menjelang jadi tanamkan azam setkan minda. Tinggalkan kenangan 2009 sebagai pengajaran dan pemankin kepada kejayaan yang dikejar. 2010 mesti kita lalui dengan penuh kejayaan yang cemerlang, terbilang dan gemilang jua.


SELAMAT TAHUN BARU.....................2010


LONDONNNNN........TUNGGU KAMI CABAR KAUUU....!!!!

Tahniah kepada pahlawan YGC Kuantan...

Ucapan tahniah kepada Mr. Eddy, Mr. Ezani, Mr. Ayie dan Mr. Faizal kerana mereka semua lepas contest ke Pulau Batam buat kali kedua. Untuk total premium yang terkumpul dari 4 orang pahlawan ini lebih kurang 10K, bermula dengan Faizal pagi semalam RM 3,280 diikuti dengan Ayie RM 2,810 seterusnya Eddy RM 2,450 dan akhir sekali Ezani.


TAHNIAH !!!!! TAHNIAH!!!! TAHNIAH !!!!!

TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG TELAH BERJAYA KE HADYAI ...

Contest Hadyai telah lama melabuhkan tirainya dan keputusannya amat memberangsangkan kerana ramai yang lepas contest itu, dan secara tidak langsung meningkatkan sudmition Young Gemilang Consultancy lebih tinggi.


TAHNIAH KEPADA AYIE...



Contest Bukit Gambang Resort masih berjalan walaubagaimanapun seorang pejuang melayu Azree Azam telah melepasi target dan merupakan consultant pertama. Pada jam 12.47 pm 9/10/2009 semua consultant di bawah naungan Empire Gemilang Consultancy telah dikejutkan dengan mesej dari dua orang leader yang tidak kenal erti jemu mengucapkan tahniah kepada anak buahnya.

Akum. SMS tahniah pada mahluk tuhan paling sako ni, ayie (0199372525) dia close 3K, sms support jugak pada kawan2 kite yang lain, harap sume dapat pegi bukit gambang, kalau tak kita g bukit beirut je hehehehe (di salin daripada mesej Izani, maaf jika ada kesalahan ejaan).


Walau apa pun Ayie Empire Gemilang Consultancy mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Perbuatan yang kita buat rezeki yang kita dapat bergantung pada kadarnya......(kata2 hikmat Ayie)


TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG BERJAYA




Pada 30 September 2009 yang lalu ada lah merupakan tarikh akhir untuk contest Makan Malam di Restoran Berpusing Menara Kuala Lumpur dimana beberapa rakan-rakan sepejuangan telah mencapai target yang telah ditetapkan. Ucapan tahniah dari Empire Gemilang Consultancy.

Semoga kejayaan yang mereka perolehi itu sebagai pembakar semangat kepada rakan-rakan yang lain untuk terus melangkah ke hadapan di dalam industri perunding kewangan MAA Takaful dan MAA Ansurance.


CIPTA DAN SIMPAN

Terdapat dua golongan manusia, golongan pertama akan menyimpan 10% daripada pendapatan mereka dan membelanjakan yang bakinya manakala golongan kedua pula akan membelanjakan 90% dan cuba untuk menyimpan 10% jika boleh.

SIFIR SIMPANAN

1. Anda menyimpan secara berterusan
2. Anda tidak mengeluarkan simpanan anda
3. Anda mempunyai umur yang panjang
4. Jika simpanan anda terpaksa dihentikan keluarga anda akan hanya mendapat jumlah yang ada simpan beserta faedah

Jika mengikut formula insuran, jumlah yang anda cadangkan untuk menyimpan akan terbentuk dengan serta merta sebaik sahaja anda membayar premium yang pertama. Encik Prospek, jika anda mengeluarkan wang daripada akaun simpanan anda, faedah akan diberikan hanyalah berdasarkan pada baki terakhir, tetapi jika anda mengeluarkan wang daripada simpanan insuran anda, bonus anda masih lagi dibayar dengan penuh. Hanya faedah kecil sahaja akan dikenakan ke atas jumlah yang dikeluarkan.

Jika anda meninggal dunia dan tidak dapat meneruskan program ini, syarikat saya akan tetap membayar jumlah yang anda hasratkan malah ditambah dengan pula.

SEMOGA BERJAYA....



PEMBUKA TIRAI PERBUALAN

Kebanyakan prospek tidak mahu bercakap tentang insuran. ka akan berusaha untuk mengelakkan diri daripada bercakap tentang insuran, tetapi setiap orang mahu dan bercita-cita untuk menyimpan demi masa depan mereka.

Cara yang terbaik untuk bercakap tentang insuran kepada pelanggan baru adalah dengan mengajukan satu soalan yang mudah kepada mereka.

Soalan pertama.
"Adakah anda akan marah, jika saya suruh menyimpan wang untuk masa depan anda?"

Tidak ada seorang manusia pun di atas muka bumi Allah ini akan marah jika menyuruh mereka menyimpan untuk masa depan mereka. Selepas mengajukan soalan tersebut teruskan dengan menyoal tentang simpanan mereka sekarang.

SELAMAT MENCUBA ....

MAJLIS BERBUKA PUASA 2009 (KUANTAN / MENTAKAB / KEMAMAN)

Bertempat di Ramin Coffee House Mega View Hotel, Kuantan pada 16 September 2009 MAA Takaful telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa melibatkan cawangan Kuantan, Kemaman dan Mentakab. Ramai kakitangan MAA Assurance dan MAA Takaful telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.
Walaubagaimanapun untuk menghangatkan dan memberi cabaran kepada para perunding kewangan MAA Takaful telah mengadakan pertandingan di mana perunding kewanagan perlulah mencapai target yang telah ditetapkan untuk mendapatkan tiket bagi majlis tersebut. Keputusannya alhamdulillah kerana ramai perunding kewangan MAA Assurance dan MAA Takaful telah berjaya mencapai target mereka untuk mendapatkan tiket ke majlis tersebut.
Di antara aturcara majlis yang diadakan pada majlis tersebut adalah ucapan daripada Encik Hakem (AVP MAA Takaful). Ucapan yang penuh semangat dan kata-kata perangsang telah beliau sampaikan sebagai pembakar semangat kepada perunding kewangan yang baru berkecimpung di dalam industri ini manakala kepada perunding kewangan yang telah lama teruskan usaha kerana industri ini telah banyak melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya seperti bos kami la En. Mohd Fahmi. Selain daripada itu aktiviti dipenuhi juga dengan penyampaian duit raya kepada perunding kewangan yang cemerlang.
 
  
  
  
  
  
  
  
 

UCAPAN AIDILFITRI

Semoga Aidilfitri ini membawa seribu kebahagian dan memberi sinar cahaya yang akan menerangi sepanjang perjalanan hidup dalam menempuh dugaan dan cabaran yang mendatang..
Empire Gemilang Consultancy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 hijrah kepada semua

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA CC EN. MOHD FAHMI SEKELUARGA

 
  
  
  
 
Pada 2 September 2009 Young Gemilang Consultancy ( YGC ) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama semua consultan YGC. Pada hari itu juga CC Gemilang Consultancy En. Mohd Fahmi Mohd Hatta bersama isteri tercinta turut bersama-sama meraikan majlis berbuka puasa tersebut.

MODAL BAGI PERUNDING KEWANGAN

Nama adalah merupakan modal yang terpenting bagi setiap perunding kewangan. Seorang perunding juga perlu berjumpa dengan pelanggan baru setiap hari dan berhubung dengan ramai orang.

Cara yang terbaik adalah melalui pelanggan yang sedia ada dengan cara memperkenalkan kawan-kawan mereka kepada anda. Selepas mendapat layanan yang terbaik daripada anda, pelanggan anda tidak akan teragak-agak untuk memperkenalkan kawan-kawan mereka kepada anda, malah inilah cara terbaik bagi anda untuk mendapatkan pelanggan baru. Pelanggan baru akan merasa lebih yakin untuk berurusan dengan anda kerana anda telah diperkenalkan oleh rakan rapat mereka sendiri.

satu lagi cara untuk mendapatkan pelanggan baru adalah melalui memperkenalkan beberapa pelanggan dan rakan anda kepada golongan profesional seperti doktor, peguam dan ramai lagi. 
Dan yang pasti modal sebagai perunding kewangan bukanlah wang tetapi nama....

(Petikan dari buku Power Closing)

MENGAPA KITA PERLU MERANCANG KEWANGAN???

 
Kitaran kehidupan manusia adalah sama sahaja, mereka akan dilahirkan, dibesarkan, bersekolah, bekerja dan meniti hari-hari tua mereka....

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

".......sabda Rasulullah S.A.W...(Sesungguhnya telah datang kepada kamu Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa kepadanya. Sepanjang Bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka serta dibelenggu segala Syaitan)..........."

SELAYANG PANDANG HARI INI.....

6%, 38% & 56%
Terdapat 3 perkara penting yang perlu diingat semasa anda mempromosikan jualan kepada pelanggan :
1) Ingatlah bahawa pelanggan hanya mendengar 6% daripada apa yang anda terangkan kepada mereka.
2) 38% adalah bergantung pada suara anda semasa melakukan pembentangan.
- Menggunakan suara yang jelas dan dengan nada yang kuat.
- Penggunaan bahasa badan atau isyarat tubuh (jika anda mengadakan seminar selling.
3) Faktor ini merangkumi mimik muka, aksi, pergerakan tangan, kepala, tubuh dan mata.
- Tunjukan wajah yang sedih dan menggunakan emosi sekiranya menceritakan kisah yang menyayat hati.
- Ia merangkumi 56% daripada semuanya.

"...Apa yang anda katakan bukanlah sesuatu yang penting tetapi yang penting ialah bagaimana anda mengatakannya...."
MAHATMA GANDHI
Petikan dari buku 'Power Closing'

TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERJAYA BAGI CONTEST PULAU PANGKOR

SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA
Sejarah Pulau Pangkor
KOTA BELANDA adalah gelaran yang diberi oleh orang-orang Melayu kepada runtuhan Pulau Pangkor. Bagaimanapun, rekod-rekod merujuk kepada binaan tersebut sebagai Kota Dindingh, sempena nama Sungai Dinding di pantai barat Semenanjung dalam Negeri Perak.
Perak merupakan sebuah negeri pengeluar timah yang paling utama di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu dan Syarikat Hindia Timur Belanda berhasrat mengawal dan mengekalkan monopoli perdagangan komoditi tersebut. Kapal-kapal perang dan kapal-kapal dagang Belanda bertaburan di perairan Perak pada hampir sepanjang kurun ketujuh belas dan kelapan belas.
Ada sebab-sebab strategik mengapa Belanda menempatkan kapal-kapal mereka di sini. Perak merupakan pintu masuk utama ke Aceh manakala negeri Sumatera tersebut adalah musuh Belanda. Dengan alasan ini sebuah tapak pengawasan diasaskan di Teluk Gedung pada tahun 1670 untuk memberi sokongan dan bantuan kepada kapal-kapal yang membuat sekatan-sekatan di laluan perairan Selat Melaka. Satu lagi sebab ialah untuk melemahkan saingan orang-orang British yang juga aktif berdagang di kawasan ini.
Mengikut laporan Gabenor Belanda Balthasar Bort dalam tahun 1678: “pada ketika ini 59 orang berada di Perak, terbabit dengan usaha sekatan di tempat itu dan mereka ini ditempatkan di Pulau Dinding, yang mana Syarikat Yang Dihormati memilikinya, menetap dalam sebuah kubu yang diperbuat daripada kayu berbentuk segiempat, dilengkapi 9 buah meriam.”
Di antara 59 orang itu ialah seorang saudagar yang menjadi penyelia, seorang kapten, seorang jurukira, tiga pembantu, tiga pegawai, dua doktor, lapan pengawal dan 40 kelasi. Selain kubu tersebut mereka juga memiliki kapal layar dan perahu ‘Laren’, ‘Cacap’ dan ‘Dindingh’.
Orang-orang Belanda ini, walaupun mereka turut berdagang dengan orang-orang Melayu, mereka kurang percaya kepada penduduk tempatan ini. Kerana takut kepada orang-orang Melayu mereka tidak berani meninggalkan kubu mereka terlalu jauh kerana hanya di kubu itu sajalah mereka berasa selamat.
Beberapa tahun kemudian kubu ini diperkasakan dengan binaan bangunan batu dan dilengkapi 12 hingga 14 buah meriam.
Seorang peneroka dan pelayar British, William Dampier, menceritakan satu peristiwa: “Gabenor, tetamu-tetamunya dan beberapa orang pegawai baru sahaja hendak makan apabila seorang soldadu bertempik, ‘Melayu!’ Sepantas kilat gabenor itu melompat keluar melalui tingkap, untuk segera berlindung di kubu. Pegawai-pegawai pun berebut-rebut, diikuti orang-orang suruhan, untuk cepat sampai ke kubu: ada yang keluar ikut tingkap dan ada yang keluar ikut pintu. Tiga orang tetamu gabenor terpegun dan terpinga-pinga ditinggalkan di situ.
“Di kubu, mereka menembak ke arah laut bertalu-talu memberi isyarat kepada orang-orang Melayu bahawa mereka sudah bersedia untuk mempertahankan diri, tetapi musuh yang ditakuti tidak juga sampai-sampai.
“Sebenarnya, berapa orang soldadu Belanda yang sedang memancing tidak jauh dari teluk itu telah diserang oleh orang-orang Melayu yang bersenjatakan keris dan lembing. Beberapa orang daripada mereka telah dibunuh sementara yang lainnya terjun ke laut dan berenang ke darat. Salah seorang yang terselamat inilah yang bertempik begitu kuat sehingga menakutkan gabenor yang baru sahaja hendak makan.
“Kami berjaga sepanjang malam dengan semua senjata siap sedia untuk digunakan. Tetapi pada malam itu hujan lebat dan saya tidak takut sangat diserang oleh orang-orang Melayu kerana menurut salah seorang kelasi yang kami ambil dari Melaka, orang-orang Melayu ini tidak akan menyerang di dalam hujan. Keesokan paginya kami pergi mencari musuh dengan kapal di sekeliling pulau tetapi tidak menjumpai mereka. Selepas itu kami pun pulang dan berlabuh.”
Pada tahun 1690 kubu Belanda ini telah diserang sekali lagi oleh Panglima Kulup dan pengikut-pengikutnya. Semua orang Belanda telah terbunuh di dalam serangan ini. Pada 24 Jun 1693 sebuah arahan telah dikeluarkan bahawa askar-askar tidak lagi ditempatkan di Pulau Dinding (Pangkor) dan sebuah tugu dibina dengan meletak lambang Persekutuan Syarikat Hindia Timur dan lambang Wilayah Bersekutu sebagai tanda hakmilik Belanda. Pada 1695, 1721 dan 1729 arahan-arahan dikeluarkan untuk membaiki tugu ini.
Pada 20 November 1745 Gabenor-Jeneral Gustraaf Willem, Baron van Imhoff mengarahkan pembinaan semula kota di Pulau Dinding: dikawal oleh sebuah ketumbukan yang anggotai 30 orang Eropah dan 30 orang berketurunan Asia (kecuali orang-orang Bugis). Tetapi pada 22 Oktober 1746, Ary Verbrugge telah dihantar untuk memastikan Sultan membenarkan sebuah kubu dibina di hulu sungai dan bersetuju untuk menjual timah kepada Syarikat. Sultan Muzaffar Shah III telah menandatangani perjanjian ini pada 25 Jun 1747. Pada 18 Oktober 1748 van Imhoff mengarahkan ketumbukan di Pulau Dinding dipindahkan ke kubu yang baru ini.
Dipetik dan diterjemah oleh Ibrahim Nawawi daripada rencana tulisan Sabri Zain (www.sabrizain.org.uk)

BERITA HARIAN : 25 OGOS 2009

".....jika anda merancang untuk menyediakan sejumlah wang bagi membiayai pendidikan tinggi anak anda pada masa depan, menyimpan di bank sahaja tidak mencukupi. Disebabkan itu ramai yang memilih untuk membeli Pelan Insurans Pendidikan........."

".........kos yang meningkat boleh mengakibatkan beban kewangan kepada anda apabila anak anda memulakan pendidikan tinggi. Justeru penting bagi ibubapa merancang awal untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan pendidikan tinggi anak mereka kerana lebih awal anda membeli insurans ini lebih banyak masa untuk wang anda meningkat berlipat kali ganda.........."