MAJLIS BERBUKA PUASA 2009 (KUANTAN / MENTAKAB / KEMAMAN)

Bertempat di Ramin Coffee House Mega View Hotel, Kuantan pada 16 September 2009 MAA Takaful telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa melibatkan cawangan Kuantan, Kemaman dan Mentakab. Ramai kakitangan MAA Assurance dan MAA Takaful telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.
Walaubagaimanapun untuk menghangatkan dan memberi cabaran kepada para perunding kewangan MAA Takaful telah mengadakan pertandingan di mana perunding kewanagan perlulah mencapai target yang telah ditetapkan untuk mendapatkan tiket bagi majlis tersebut. Keputusannya alhamdulillah kerana ramai perunding kewangan MAA Assurance dan MAA Takaful telah berjaya mencapai target mereka untuk mendapatkan tiket ke majlis tersebut.
Di antara aturcara majlis yang diadakan pada majlis tersebut adalah ucapan daripada Encik Hakem (AVP MAA Takaful). Ucapan yang penuh semangat dan kata-kata perangsang telah beliau sampaikan sebagai pembakar semangat kepada perunding kewangan yang baru berkecimpung di dalam industri ini manakala kepada perunding kewangan yang telah lama teruskan usaha kerana industri ini telah banyak melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya seperti bos kami la En. Mohd Fahmi. Selain daripada itu aktiviti dipenuhi juga dengan penyampaian duit raya kepada perunding kewangan yang cemerlang.
 
  
  
  
  
  
  
  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan