MODAL BAGI PERUNDING KEWANGAN

Nama adalah merupakan modal yang terpenting bagi setiap perunding kewangan. Seorang perunding juga perlu berjumpa dengan pelanggan baru setiap hari dan berhubung dengan ramai orang.

Cara yang terbaik adalah melalui pelanggan yang sedia ada dengan cara memperkenalkan kawan-kawan mereka kepada anda. Selepas mendapat layanan yang terbaik daripada anda, pelanggan anda tidak akan teragak-agak untuk memperkenalkan kawan-kawan mereka kepada anda, malah inilah cara terbaik bagi anda untuk mendapatkan pelanggan baru. Pelanggan baru akan merasa lebih yakin untuk berurusan dengan anda kerana anda telah diperkenalkan oleh rakan rapat mereka sendiri.

satu lagi cara untuk mendapatkan pelanggan baru adalah melalui memperkenalkan beberapa pelanggan dan rakan anda kepada golongan profesional seperti doktor, peguam dan ramai lagi. 
Dan yang pasti modal sebagai perunding kewangan bukanlah wang tetapi nama....

(Petikan dari buku Power Closing)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan